PENYALAHGUNAAN INTERNET
Sering kita dengar tentang penyalahgunaan di Internet yang digunakan untuk melayari laman-laman web lucah dan tidak berfaedah. Pembaziran waktu bekerja kerana sering berada di ‘chat room’ untuk berbual sesama rakan.Kemudahan yang ada membolehkan pelbagai jenis lamanweb baru ditubuhkan untuk tujuan tidak sihat, seperti laman-laman web politik yang tidak memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Selain itu daripada itu, pengiriman spam dikategorikan sebagai sampah Internet merupakan salah guna yang terbesar. Tidak kurang juga dengan kes pemalsuan yang antara lain melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah organisasi swasta dan awam. Wujud juga kes penyebaran virus dan ugutan menggodam.Sesetengah pihak yang membuat kajian terhadap isu jenayah dan keselamatan komputer sebelum ini pernah mendedahkan bahawa sebahagian respondan yang terlibat dalam tinjauan tersebut melaporkan kerugian dari segi kewangan akibat serangan penceroboh. Jika ditafsirkan, nilai kerugian terkumpul dari segi kewangan tidak mustahil boleh mencecah jutaan ringgit.
Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda negara?
Adakah kita akan membiarkan saja, kerana berpendapat ini adalah akibat daripada impak globalisasi seperti yang diwar-warkan Kerajaan?
Adakah masih menjadi tugas ibu bapa semata-mata untuk memastikan anak-anak mereka tidak terdedah kepada budaya negatif ini?
Atau perlukah penapisan laman Internet dikuatkuasakan demi menjaga budaya dan tatasusila timur?
0 comments:
Post a Comment