CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, May 15, 2008

E-DAGANG...


TAHUKAH ANDA???
Proses perkembangan e-dagang ini pada mulanya melalui teknologi Pertukaran Data Elektronik (EDI) yang diimplementasi untuk mengurangkan penggunaan kertas, mempercepatkan proses transaksi dalam perniagaan, mengurangkan masa dan kos. Selain daripada EDI, Mesin Juruwang Automatik (ATM) adalah satu teknologi yang menyumbang kepada pembangunan dan konsep e-dagang. Di Malaysia, momentum ini bukan satu bentuk transaksi elektronik yang baru kerana pada era 1970-an rangkaian ofis elektronik melalui ATM telah dimulakan. Dalam usaha membangunkan e-dagang di Malaysia kerajaan dengan kerjasama Bank Negara teleh memperkenalkan Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS) untuk menjalankan transaksi dalam-talian di antara pelanggan dengan pihak pedagang melalui rangkaian elektronik.Dalam konteks e-dagang, Internet dan juga rangkaian elektronik hanya menjadi medium untuk menemukan antara penjual dan pembeli (Vendor atau Customer). Ia menjadi perantara yang membolehkan satu-satu urus niaga atau transaksi dimeterai (sealed). Proses yang boleh menggerakkan sepenuhnya potensi e-dagang ialah dengan mendorong evolusi jaringan elektronik dan rantaian elektronik bagi membolehkan setiap aspek penghantaran serta transaksi dibuat secara elektronik mengguna kad-kad elektronik seperti Mykad, Bankcard, Kad Touch’N Go, kad debit dan kad kredit.E-dagang telah berkembang dan banyak digunakan untuk mengkoordinasikan operasi pembelian dengan pembekal, pihak logistik dengan pengangkutan dalam proses menghantar produk kepada pengguna dan juga perkhidmatan penyelengaraan operasi pembelian dan pembayaran. Secara umumnya, proses ini boleh dihubungkan dalam satu sistem komunikasi melalui persekitaran elektronik diantara peniaga kepada peniaga yang lain, diantara individu dengan individu yang lain, diantara individu dengan peniaga atau individu dengan kerajaan.Betulkah sistem e-dagang akan berdepan dengan masalah keyakinan di kalangan pelanggan dan juga keselamatan dalam proses mengendalikan transaksi urus niaga?
Adakah kegagalan mengenal pasti pelbagai kelemahan yang dihadapi sistem utus niaga e-dagang akan menyebabkan pelanggan atau pengguna hilang keyakinan?
Adakah masalah ini telah menimbulkan masalah dalam perkembangan e-dagang atau menyebabkan e-dagang tidak berupaya mencapai matlamatnya dalam menyumbangkan kewangan kepada syarikat mahupun negara?
Apakah pandangan anda???

0 comments: