RAHSIA KEJAYAAN
JUTAWAN MUDA IRFAN KHAIRI
Selepas menamatkan pendidikan di Staffordshire, University UK, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau bertanggungjawab mereka ciptra sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 - tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya... hanya RM500. Ketika itu beliau berumur 25 tahun!
Pelajari rahsia kejayaan Irfan Khairi dari dirinya sendiri. Ketahui cara bagaimana dirinya memperolehi RM1,000,000 dalam masa 3 tahun. Serta pelajari cara bagaimana beliau mencapai kejayaan di dalam perniagaan Internet dan juga perniagaan bukan Internet pada usia yang muda.Irfan Khairi tidak memperolehi pendapatan RM1 juta melalui menjalankan workshop dan seminar atau menjual buku perniagaan Internet. Irfan menjadi jutawan dengan menjalankan perniagaan Internet ketika berumur 25 tahun (tahun 2002) menjual perkhidmatan dan produk- sehingga hari ini.
Mahukah anda menjadi seperti beliau???